Friday, 21 November 2014

JOM AMALKAN DIET RASULULLAH S.A.W

Daripada Aisyah RA,
Bala yang pertama sekali berlaku kepada umat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut, sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemah lah hatinya dan akan bermaharajalela syahwatnya.
(Hadis riwayat Bukhari)

Kesempurnaan Rasulullah SAW sebagai kekasih Allah tiada tolok banding yang menjadi ikutan Muslim sedunia termasuk diet makanan Baginda. Dalam aspek berkaitan etika pemakanan sihat, diet Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan dan ikutan kerana baginda adalah contoh teladan yang terbaik buat semua umat manusia. Rasulullah SAW sendiri tidak pernah mengalami sakit perut walaupun sekali sepanjang hayatnya kerana Baginda merupakan seorang yang pandai menjaga pemakanannya.

Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:

1.Suka minum susu.
Merupakan makanan kegemaran Rasulullah SAW. Susu kaya dengan protein, kalsium, vitamin A dan B. Zat protein berkualiti tinggi penting untuk membina tisu badan serta crucial untuk pembentukan antibodi melawan penyakit. Zat Kalsium dalam susu pula mudah diserap oleh badan dan kita semua tahu kalsium memang penting untuk pembinaan gigi dan tulang. Kekurangan kalsium mengundang osteoporosis. Zat-zat lain yang terdapat dalam susu ialah fosforus, magnesium, potassium, Vitamin B2(riboflavin) dan Vitamin D.

2. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan.
Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat daripada makan ikan bersama susu. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negative Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindak balas biokimia yang aktif dalam tubuh sekali gus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.

3. Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama cuka.
Kerana cuka boleh merencatkan penyerapan protein susu dan kemasaman nya boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.

4. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.
Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya memakan nasi berlaukkan tom yam dan lauk kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi cas ion yang berbeza, kalau kita campurkan juga, sistem usus dalam perut kita akan rosak. jadi, ia bakal mengundang penyakit dan membahayakan kesihatan.

5. Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu.
Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak sepatutnya makan buah selepas makan nasi. Buah-buahan mengandungi serat/fibre yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. jadi, kita tak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak..

6. Rasulullah SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.
Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda:
Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati.
Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau serta juga mampu mencegah kanser.

7. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli.
Gandum sempurna mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kadar kolesterol. Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia.
Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata,
Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut-turut dan (pada hari mereka tidak memperoleh roti) mereka memakan tamar.

8. Buah tamar
Sememangnya sinonim dalam kehidupan Rasulullah SAW, ia dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia. Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan sentiasa digemari dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut. Ada sejarah di mana, seorang wanita Yahudi telah meletakkan racun dalam makanan Rasulullah SAW, dan ternyata bisa racun itu dapat di neutralkan oleh khasiat yang terdapat di dalam kurma yang dimakan oleh Baginda SAW. Sebab itulah Rasulullah SAW mengibaratkan orang yang tidak mempunyai kurma di rumahnya sebagai orang miskin.
Bukhari dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata,
Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging.

9. Nabi SAW juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai.
Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata, Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah. Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser.

10. Rasulullah SAW juga menggemari sayuran dari jenis mentimun.
Mentimun kaya dengan air justeru ia menyejukkan badan. Di samping itu, mentimun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. Oleh kerana mentimun mengandungi banyak air, maka pengambilannya dengan makanan yang berserat merupakan satu langkah yang baik kerana ia akan memberi manfaat yang lebih berkesan kepada kesihatan tubuh badan.

11. Nabi SAW juga menggalakkan pengambilan madu.
Baginda SAW mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Ia menghindar daripada segala penyakit. Madu kaya dengan gula(yang sihat), sedikit air, vitamin dan mineral penting untuk kesihatan badan. Dari segi sudut kesihatan, madu dikatakan berfungsi untuk membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan keradangan.
Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan(An-Nahl: 68-69)

12. Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air
Dengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan kanan dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bakteria yang berbahaya kepada kesihatan.
Minum sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minum lah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awek muda.

13. Rasulullah SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau.
Diriwayatkan bahawa para sahabat berkata dari Rasulullah SAW:
Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.
Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang. Baginda SAW meminta seseorang itu untuk mengisi 1/3 daripada ruang perutnya dengan air, 1/3 dengan makanan dan selebihnya dengan ruang kosong (udara).

14. Rasulullah SAW juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.

15. Rasulullah SAW juga mengajar untuk kita makan dengan tangan kanan tanpa sudu, garpu ataupun chopstick.
Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda:
Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.
Apabila selesai hendaklah dijilat jari-jari tersebut. Ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.

16. Rasulullah SAW melarang meninggalkan makan malam.
Sesiapa yang meninggalkan makan malamnya, dia akan mempercepatkan tua sebelum masanya kerana keasidan serta tahap kolesterol dalam darah dan badannya akan berganda. Makanlah sekadar mengisi perut (bukan kenyang) walaupun dengan sebiji kurma untuk proses penghadaman dan proses metabolisme gizi-gizi makanan ke saluran bahagian lain sebab semasa tidur pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap kesihatan kita.

17. Berpuasa
Selama sebulan pada bulan Ramadan dan disunatkan berpuasa pada hari-hari tertentu boleh menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat. Apabila bersahur, minumlah sekurang-kurangnya segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu imsak. Ini adalah perlu bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa. Manakala apabila berbuka puasa pada waktu Maghrib, perlu disegerakan dengan memakan 3 biji kurma atau manisan dan segelas air terlebih dahulu.
Oleh itu, pengambilan diet dan menghindari larangan seperti di atas yang diamalkan oleh Rasulullah SAW merupakan aturan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan ia telah pun dibuktikan akan kelebihannya melalui kajian sains semasa. Justeru, amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW seharusnya diikuti dan dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap, kelangsungan hidup dan penyempurnaan ibadah yang bermutu.
Jadi, jika kita kaji semula dari apa yang ditinggalkan oleh amalan Rasulullah SAW yang cukup indah ini, pasti kita akan mengerti kenapa, pelbagai sakit misteri, kronik semakin menjadi-jadi di dalam masyarakat kita kini. Ini semestinya kerana, kita lupa untuk meneladani amalan atau tabiat pemakanan yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW. Akhir kata, mari kita renungkan bersama-sama sabda Rasulullah SAW:
Barang siapa yang sedikit makan, maka perutnya akan sihat dan hatinya akan bersih. Sebaliknya, barang siapa yang banyak makan, maka perutnya akan ditimpa sakit dan hatinya keras.
Hadis Riwayat Huzaifah

Thursday, 20 November 2014

SENAMAN KEMUT (KEGEL)


#Senaman Kegel adalah senaman yang bagus untuk setiap wanita terutamanya wanita yang telah berkahwin dan melahirkan anak~

Senaman adalah untuk kecergasan tubuh badan. Apabila kita melakukan senaman, otot kita bergerak cergas dan membina protin dalam otot berkenaan.Gerakkan otot melancarkan darah dan meningkatkan degupan jantung serta pernafasan selain membebaskan kimia seperti beta endorfin untuk memberi kesegaran.

Senaman juga dapat membantu memantapkan otot yang menjadi benteng anggota perempuan seperti senaman Kegel atau senaman kemutan.Senaman kemutan membabitkan gerakan mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau mencengkam otot lantai pelvis, seolah-olah mahu menahan kencing atau tahan membuang air besar dan ia dilakukan secara serentak.
Senaman ini jarang dilakukan secara sengaja dan jika dilakukan, biasanya dalam keadaan tertentu seperti menahan kencing apabila tandas penuh.Jadi jika senaman kemutan ini dilakukan oleh mana-mana individu, perasaan kurang selesa akan berlaku.

Bagi wanita jika senaman kemutan itu dilakukan, dia akan rasa terangsang, lebih lagi jika kedua-dua paha itu dirapatkan. Jika paha direnggangkan sedikit mungkin perasaan terangsang itu kurang.
Kelebihan amalan kemutan dapat melangsingkan corong faraj yang lega dan menyempitkan pembukaan faraj yang renggang itu.

Dengan corong faraj yang sempit dan kemas, angin tidak mudah masuk ketika wanita bergerak dan hubungan kelamin tidak akan berbunyi seperti angin keluar-masuk!
Amalan mengemut dapat membantu melangsingkan otot kemutan dan membantu mengintimkan hubungan silaturrahim dengan pasangan. Hubungan seksual menjadi lebih seronok dan lebih memberangsangkan.

Bagaimanakah melakukannya?

Fungsi dan Faedah Senaman Kegel
- mampu membantu mengatasi masalah seperti tidak boleh mengawal kencing {mosimage}
- mengurangkan kes peranakan turun
- meningkatkan aliran darah ke uterus atau vagina
- meningkatkan kualiti hubungan kelamin
- menguatkan otot vagina seterusnya memudahkan proses bersalin dan mengurangkan koyak pada perinium

Kaedah Asas (Permulaan)
1. Sewaktu membuang air kecil, buat kemutan bagi menghentikan aliran air kencing secara tiba-tiba.
2. Tahan dan kira sehingga bilangan 10 sebelum melepaskan baki kencing seperti biasa.
3. Otot pada pangkal rahim anda cukup kuat jika anda mampu menahan air kencing tanpa menggerakkan kaki.

Untuk Pastikan Kaedah Anda Betul
Anda boleh memasukkan jari (yang telah dicuci bersih) ke dalam faraj dan cuba cengkam jari ini menggunakan faraj anda. Cengkaman ini lazimnya terasa pada bahagian pangkal jari saja.
Otot punggung (otot gluteus), otot abdomen (terutama kawasan bawah pusat) dan otot paha seeloknya tidak dikemutkan pada waktu ini. Anda boleh meletakkan kedua tangan pada kawasan punggung dan abdomen serta peha bagi memastikan ia tidak mengeras sewaktu senaman kegel dilakukan.

Senaman Yang Sempurna
Setelah kaedah anda betul, lakukannya ketika pundi kencing anda telah kosong (cara yang sama seolah-olah seperti menahan diri daripada membuang air kencing). Tabiat menahan kencing boleh menyebabkan masalah kencing tidak lawas.
Anda boleh berdiri, duduk atau berbaring ketika melakukannya.
Jangan menahan nafas ketika melakukannya.
Tahan otot selama kiraan 10-20 dan rehatkannya dengan kiraan 10-20 lagi sebanyak 4 setiap sesi. Lakukan 3 sesi sehari (pagi, petang dan malam).Jika masih tidak pasti kaedah yang betul, jangan malu berjumpa doktor untuk mendapatkan panduan.

Keberkesanan
Biasanya, kesannya senaman ini dapat dirasai dalam masa 2 hingga 3 bulan, jika dilakukan setiap hari.
Keberkesanannya bergantung kepada kaedah yang betul dan ianya mestilah dilakukan secara konsisten.
Berpantang adalah waktu terbaik untuk melakukan senaman Kegel kerana ia turut dibantu dengan kehadiran hormon yang banyak dalam badan. Bagaimanapun, ia tidak disarankan bagi wanita yang bersalin secara pembedahan atau terlalu banyak koyak pada vagina.
Secara umumnya, senaman Kegel mampu mengembalikan 50 peratus kekuatan otot vagina, malah ada kes yang pulih 100 peratus.
Bagaimanapun kejayaan ini berbeza antara individu mengikut tahap masalah masing-masing.


                    KAEDAH SENAMAN LAIN

1. Membantu mengetatkan faraj dan mengurangkan masalah keputihan (Gambarajah 1)

~Duduk di atas kedua tumit kaki. Tegakkan badan.
~Tangan kanan hendaklah ke belakang untuk memegang ibu jari kaki kiri.
~Tarik nafas, kemut faraj dan menarik ibu jari kaki kiri ke atas selama 5 saat dengan kuat, 
   hembuskan nafas dan kemudian lepaskan pegangan ibu jari tadi perlahan-lahan.
~Lakukan senaman ini sebanyak 3 kali.
~Tukar posisi dan ulangi senaman ini.
~Gerakan ini boleh membantu mengencangkan semula otot-otot faraj dan mengurangkan masalah 
   keputihan.



2. Membantu menguatkan otot faraj (Gambarajah 2)

~Duduklah dengan keadaan bersila rapat dan badan ditegakkan.
~Betis dan peha kanan di letakkan di atas peha kiri agar kedua lutut menghala kehadapan dan dalam
  keadaan serapat mungkin antara satu sama lain.
~Pastikan kedua belah tapak kaki menghala kebelakang.
~Tarik nafas dan kemut faraj selama 5 saat sambil menekan tapak kaki ke belakang.
~Lepas nafas, kemutan dan kaki perlahan-lahan.
~Lakukan senaman ini sebanyak 8 kali.
~Tukarkan posisi kaki dan ulangi senaman ini.


Wednesday, 19 November 2014

MENDAPATKAN PUNGGUNG YANG CANTIK TANPA PEMBEDAHAN !!!



WANITA mana yang tidak menginginkan bentuk punggung yang seksi dan cantik. Kebanyakan lelaki bahkan menyatakan, punggung sebagai bahagian yang cenderung untuk diperhatikan saat wanita berjalan di hadapan mereka.

Hal yang perlu diperhatikan adalah melatih tiga otot utama dari punggung, iaitu gluteus maximus, medius gluteus dan gluteus minimus. Fungsi otot inilah yang membantu menggerakkan kaki anda ke segala arah sehingga memperkuatkan pinggul, paha dan punggung. Para ahli pun memastikan dengan diet yang baik dan olahraga, seseorang dapat meningkatkan kekuatan dan bentuk dari punggung mereka.

Ingin mendapatkan punggung yang indah dan seksi? Ada beberapa cara seperti ditulis oleh Times of India.




Hal yang perlu diperhatikan:
- Jangan lupakan peregangan sebelum memulakan latihan.
- Lakukan diet sihat.
- Usahakan tidak duduk terlalu lama.

Squat
Latihan ini bagus untuk pinggul, paha dan punggung. Berdiri dengan kaki terpisah, lalu secara perlahan dan bertahap, turunkan pinggul anda. Tapi, pastikan lutut tidak ikut bergerak melebihi jarak kaki Anda.

Lunges
Jauhkan kaki sejajar satu sama lain. Ambil langkah besar dengan kaki kanan di depan dan kaki kiri di belakang, lalu perlahan-lahan turunkan tubuh anda sambil menekuk lutut. Jaga lutut selaras ke depan lalu kembali ke posisi semula. Lakukan sebaliknya.

Step-Up
Gunakan pijakan seperti tangga. Langkahkan satu kaki ke pijakan dan turunkan ke posisi semula, lalu ganti kaki yang lainnya dan turunkan. Tingkatkan kecepatan secara bertahap.

Bridges
Pada posisi baring terlentang, bengkokkan kedua lutut dan pastikan telapak kaki ke lantai dan jarakkan sedikit. Angkat tulang belakang anda dari lantai ke atas secara perlahan sambil mengencangkan faraj dan paha belakang. Lalu kembali ke posisi semula.

Leg Extension
Pada posisi berdiri atau posisi merangkak, regangkan kaki kiri ke belakang tubuh sejauh mungkin lalu kembali ke posisi semula. Ganti kaki kanan.




SELAMAT MENCUBA!
SENAMAN KARDIO

Senaman kardio atau cardio workout adalah senaman yang menguji dan memperbaiki stamina apabila sesuatu perbuatan diulang banyak kali dalam tempoh-tempoh tertentu, pada intensiti tertentu





Contoh kardioApa sahaja senaman yang akan membuatkan jantung kita berdegup laju daripada biasa dan berpeluh dengan lebih banyak berbanding biasa, di panggil SENAMAN KARDIO. Dengan senaman kardio, kita boleh membakar kalori dan seterusnya menonjolkan otot-otot pada badan kita dan sekaligus perut kita akan kempis

contohnya, berbasikal, jogging, bermain futsal, berenang, berlari dan skipping.
 
Senaman kardio adalah senaman yang melibatkan penambah baikkan sistem aliran darah di dalam badan di mana ia akan bantu anda untuk mendapat sistem pernafasan yang lebih baik.
Untuk dapat kesan yang lebih baik dari senaman kardio supaya anda boleh kurus dengan lebih cepat, berikut saya senaraikan beberapa strategi bagaimana hendak lakukannya

  • Sediakan masa sejam sehari untuk anda lakukan senaman kardio. Senaman kardio akan beri kesan yang terbaik jika anda lakukannya secara berterusan. Anda perlu konsisten melakukan senaman kardio pada setiap hari tanpa mengenal erti penat dan lelah.
  • Senaman kardio akan beri anda kesan untuk jangka masa yang panjang. Jika anda lakukan senaman kardio tanpa henti selama seminggu, badan anda akan nampak mengecil selepas beberapa minggu. Jadi, anda jangan jangka anda akan kurus esok jika anda lakukan senaman kardio pada hari ini. Lakukannya pada setiap hari dan anda akan dapat hasilnya nanti.
  • Lakukan senaman kardio secara insentif. Paksa diri anda pada tahap maksimum setiap kali anda lakukan senaman kardio. Fokus untuk melakukan banyak senaman pada masa yang sekejap sebanyak mungkin. Lajukan pergerakan senaman anda dari semasa ke semasa.
  • Fokus tingkatkan kadar metabolisma pada tahap tertinggi. Setiap kali dalam sesi senaman kardio, anda paksa diri anda untuk guna semua tenaga yang anda ada. Kemudian selepas habis senaman, anda fokus untuk rehatkan badan anda dengan mandi air sejuk, makan makanan secukupnya dan dapatkan tidur yang baik.


  • Kardio berbentuk sederhana yang dapat membantu membuang dan membakar lemak dibadan.
    1) Berjalan Kaki
    untuk peringkat awal bagi seorang beginner, ataupun individu yang mempunyai masalah berat badan (terutamanya) dan juga siapa-siapa, berjalan kaki merupakan langkah terbaik bagi memulakan senaman. tetapi berjalan lah dengan langkah yang laju.


    2) Berlari.
    Berlari ataupun jogging merupakan latihan favorite@ kegemaran ramai individu dimuka bumi ini.
    kerana tanggapan semua mengatakan jogging ini dapat menguruskan badan. Betul.Memang betul.
    bukan sahaja badan, malah memberi kesan yang baik dari kepala hinggalah kaki.
    Berlari dapat membakar lemak di perut, pinggang. di bahagian kaki pula berlari dapat membakar lemak
    tepu di peha. tidak percaya? lepas berlari, tekan perut anda, anda akan rasa seolah-seolah perut sedang mengeras. ini menunjukkan bahawa otot perut juga sedang bekerja.


    3) Berbasikal.
    yang seterusnya adalah berbasikal. kalau dibeberapa negara eropah, rakyatnya ramai yang
    berbasikal untuk kemana-mana misalnya ke tempat kerja. tetapi, untuk situasi di Malaysia pula,
    bolehlah berbasikal dimana-mana anda mahu, seperti dirumah menggunakan mesin, berbasikal di sekitar taman. berbasikal antara latihan ringan yang dapat membantu membakar lemak anda, terutama di bahagian kaki.
    Note : perempuan belum berkahwin tidak digalakkan sangat untuk berbasikal.

    4) Berenang.
    Berenang memang tidak dinafikan merupakan latihan yang sangat menakjubkan. cuba tengok otot atlet renang, lain daripada yang lain. ini kerana berenang bukan sahaja membakar lemak, bahkan ia menambah kekuatan di badan kita. selain itu berenang juga automatik dapat membentuk perut kita seandainya lemak-lemak tepu sudah dihilangkan. tak pandai berenang? menyelam sambil menggerakkan kaki dan tangan pun jadilah.






     
     
     
     



     
    JOM KURUS & SIHAT
    1) Makan makanan yang betul
    Untuk mengempiskan perut kita perlu makan makanan yang seimbang didalam makanan harian kita kerana diet yang betul boleh membuang lemak di bahagian perut. Makan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, fiber, vitamin dan mineral, “lean protein” , ikan dan teh hijau.

    2) Tinggalkan makanan ringan atau fast foodMakan makanan ringan dan makanan segera adalah tidak baik untuk kesihatan dan akan membuatkan lemak berkumpul di bahagian perut jika diambil dengan berlebihan. Kita sepatutnya menggelakkan mengambil karbohidrat yang diproses, gula, makan bergoreng (”deep fried food” ), makanan segera dan apa jua makanan berlemak.

    3) Berhenti makan lewat malam.Kebanyakkan orang akan terus tidur selepas makan lewat malam. Ini bermakna lebihan gula yang dimakan semasa makan lewat malam akan ditukar kepada lemak kerana badan tidak boleh membakar lemak semasa kita tidur.

    4) Kurangkan minum soda, jus atau minuman bergula.Soda, jus asli atau minuman bergula mengandungi banyak kalori dan akan merosakkan usaha kita untuk mengempiskan perut. Berhenti minum minuman bergula dan banyakkan minum air kosong atau air mineral.

    5) Latihan kardio dan berat.Melakukan senaman kardio adalah amat penting untuk mengempiskan perut kerana senaman ini dapat membakar kalori lebih banyak dari melakukan senaman perut. Contoh senaman kardio seperti jogging, berjalan. Dan menaiki tangga. Diharap dengan tip-tip yang diberi dapat membantu anda dalam usaha anda mendapatkan bentuk

    6) Kawal jumlah kalori
    Sebaik-baiknya, cuba kawal atau hadkan jumlah kalori yang diambil setiap hari agar usaha menurunkan berat badan menampakkan hasilnya. Elakkan makanan manis dan berlemak.

    7) Ambil banyak kalori rendah
    Langkah awal yang boleh anda lakukan ialah dengan mengambil lebih banyak produk berkalori rendah. Biasanya jenis makanan ini dihasilkan daripada bahan-bahan pengganti yang berkalori rendah sehingga jumlah kalorinya menjadi terbatas.

    8) Jangan berlebihan
    Amalan memakan produk berlabel rendah kalori tidak bererti anda bebas menikmatinya sesuka hati. Ini kerana jika sudah terlebih mengambilnya, jumlah keseluruhan kalori yang anda ambil adalah sama seperti anda memakan kalori dalam kuantiti yang banyak.
     
     


    9) Madu = gula
    Gula ataupun madu? Kedua-duanya sama sahaja. Tahap kemanisan dan kalori yang terkandung dalam kedua-dua bahan ini tidak banyak berbeza. Jadi, elakkan diri daripada menggunakan madu terlalu banyak hanya kerana anda ingin mendapatkan rasa yang manis seperti gula.

    10) Bijak Pilih Buah
    Kebanyakan buah yang mengandungi karbohidrat yang tinggi mempunyai jumlah kalori yang tinggi juga. Jadi, sebagai pilihan yang selamat, adalah lebih baik jika anda memakan buah-buahan tempatan seperti betik, limau ataupun tembikai yang telah terbukti mempunyai kandungan kalori yang rendah.
     


    11) Kurangkan makan
    Mulai daripada saat ini, cubalah untuk mengurangkan jumlah makanan yang hendak diambil. Jadi, aturlah menu seharian dan jangan lupa disertai dengan aktiviti senaman. Gabungan kedua-duanya pasti membuahkan hasil dalam tempoh yang singkat.

    12) Beri lebih tumpuan
    Anda juga perlu lebih memberikan lebih fokus terhadap usaha anda untuk mencipta sesuatu yang baru (berusaha untuk langsing) dalam rutin harian yang bakal anda tempuh selepas ini.

    13) Nasi = mi = karbohidrat tinggi
    Biasanya jika menyentuh tentang diet, kebanyakan orang menyatakan bahawa mereka cuba mengelakkan diri daripada menjamah nasi tetapi menggantikan menu ini dengan mi, kentang, pasta ataupun makanan-makanan lain yang sama jumlah kalorinya dengan nasi. Perlu diketahui, bahawa kesan yang bakal anda rasai daripada pengambilan makanan berkarbohidrat sebegini adalah sama seperti anda mengambil nasi.

    14) Kuasa air putih
    Air putih punya kelebihannya yang tersendiri. Justeru, anda perlu membiasakan diri untuk meminum air putih sebelum makan atau mengunyah sesuatu. Dengan cara sebegini, anda akan lekas kenyang dan dapat mengurangkan jumlah makanan yang hendak dimakan. Sebaik-baiknya minum air putih 20 minit sebelum waktu makan.

    15) Simpan makanan segar
    Daripada menyimpan stok bahan makanan yang perlu dimasak terlebih dahulu (makanan dalam tin), adalah lebih bagus jika anda menyimpan makanan yang segar. Makanan segar lebih berkhasiat dan baik untuk kesihatan.

    16) Motivasikan diriSebagai motivasi diri, apa kata anda cuba cadangan ini. Gantung baju idaman anda yang saiznya lebih kecil daripada saiz baju yang anda pakai sekarang. Lihatlah baju tersebut setiap hari dan tanam azam dalam diri untuk membolehkan anda memakainya suatu hari nanti apabila telah kembali langsing.

    17) Tidur mencukupi
    Para penyelidik dari University of Chicago mendapati bahawa tidur yang mencukupi dapat mempercepatkan pembakaran metabolisme pada tubuh setiap wanita sehingga 40 peratus.

    18) Sarapan jangan diabaikan
    Wanita yang berdiet sering mengabaikan sarapan. Jangan begitu! Dengan mengambil sarapan yang berkhasiat setiap hari, ia secara tidak langsung dapat membantu anda mengurangkan jumlah makanan yang perlu diambil di waktu makan tengah hari. Jadi, anda dapat mengurangkan jumlah makanan yang bakal diambil.

    19) Buang tabiat buruk
    Untuk memastikan anda berjaya melangsingkan tubuh, anda perlu menyingkirkan tabiat buruk yang satu ini. Kebanyakan orang suka makan di tempat tidur, makan sambil menonton televisyen ataupun membaca. Jadi, elakkan daripada berterusan melakukan tabiat sebegini.

    20) Minum teh hijau
    Hasil kajian oleh University of Switzerland berjaya membuktikan bahawa kekerapan meminum teh hijau mampu membantu anda membakar kalori dalam tubuh dengan lebih cepat dan efektif.

    21) Naik tangga, turun tangga
    Sekiranya anda malas ataupun tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk melakukan senaman, cara mudah yang boleh anda amalkan ialah dengan melakukan aktiviti naik tangga, turun tangga. Dengan beberapa langkah menaiki dan menuruni anak tangga, anda akan peroleh kesannya dalam masa yang singkat kerana ia sama seperti anda berjoging. Namun, awas! Jangan sesekali melakukan aktiviti ini dengan memakai kasut yang bertumit tinggi bagi mengelakkan kecederaan yang tidak diingini.

    22) Amalkan regangan
    Kerajinan anda melakukan senaman regangan juga boleh membantu anda mencapai impian. Melakukan regangan sebelum tidur akan membantu tubuh melentur. Dengan itu, anda dapat melakukan apa sahaja jenis senaman yang bersesuaian. Tambah menarik jika anda sememangnya mempunyai asas yoga. Ia tentu lebih berkesan!
     


    23) Berlari secara tenang
    Kaedah berlari yang baik adalah larian yang dilakukan tanpa mementingkan tahap kelajuan larian. Ia seharusnya dilakukan dalam keadaan yang tenang, bersahaja dan jika diizinkan anda boleh berlari sambil berbual-bual dengan teman yang turut sama berlari dengan anda pada ketika itu